Sejarah Komedi situasi

Istilah "komedi situasi" atau "sitkom" tidak umum digunakan hingga tahun 1950s.[1] Rancangan televisyen pertama disebut-sebut megikuti format komeid ini adalah Pinwright's Progress dengan sepuluh episod ditayangkan oleh BBC antara tahun 1946 hingga 1947.[2][3] Genre ini di Amerika Syarikat terutamanya dipelopori sutradara dan produser William Asher[4] yang telah menyutradarai berpuluhan program masyhur di Amerika, termasuk I Love Lucy yang laris disiarkan dari tahun 1950-an hingga 1970-an.

Di Malaysia, istilah ini mula digunakan oleh Hatta Azad Khan yang mengarahkan sitkom Flat Seri Wangi yang disiarkan di TV3 sekitar tahun 1990-an.